4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita

golongan lelaki ditarik ke neraka

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami dari barisan Hati Media mengharapkan agar para pembaca yang disayangi berada dalam keadaan yang baik, dimurahkan rezeki serta diberkati Allah S.W.T. Untuk perkongsian hari ini, admin ingin berkongsi tentang 4 golongan lelaki yang akan ditarik ke neraka oleh wanita. Mesti ramai antara kalian tidak tahu kan? Ok, jangan buang masa, ayuh baca artikel ini sampai habis dan jangan lupa share!

Bukan mudah bergelar lelaki. Mesti bekerja keras untuk menyara keluarga, mesti membanting tulang 4 kerat semata-mata untuk memenuhi keperluan keluarga. Walaupun itu nampaknya tugas dan tanggungjawab yang amat berat dipikul oleh lelaki, ada lagi tanggungjawab dan amanah yang lebih berat iaitu mengajar perempuan-perempuannya (ahli keluarga) untuk bersedia dengan amalan untuk menghadapi akhirat. Di akhirat nanti akan ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Golongan lelaki yang dimaksudkan ialah:

1. Bapanya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak- anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

Mesti baca: Inilah 5 Sebab Masuk Ner4ka Walaupun Rajin Solat

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Lihatla betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Apa pendapat anda? Dah baca, Jangan lupa komen dan share ya! Baiklah, setakat itu dahulu perkongsian untuk hari ini. Kami mengharapkan apa yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada pembaca. Akhir sekali, kami berharap agar artikel ini dapat dikongsikan kepada orang ramai agar ilmu yang diberi juga dapat memberi manfaat kepada orang lain. Sekian terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*