Inilah 10 Cara Kreatif Untuk Bersedekah Tapi Sayangnya Ramai Tak Sudi

cara kreatif bersedekah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami dari barisan Hati Media mengharapkan agar para pembaca yang disayangi berada dalam keadaan yang baik, dimurahkan rezeki serta diberkati Allah S.W.T. Untuk perkongsian hari ini, admin ingin berkongsi tentang cara kreatif untuk bersedekah. Mesti ramai antara kalian tidak tahu kan? Ok, jangan buang masa, ayuh baca artikel ini sampai habis dan jangan lupa share!

1. Derma sabun atau handwash

Ada kebanyakkan masjid yang kita pi, macam kekurangan sabun. Toilet pula kadang agak berbau sebab tak ada pewangi. Jadi ada baiknya kalau kita dapat belikan sabun dan juga pewangi, lepastu letakkan di masjid yang berhampiran. Insyallah ramai yang dapat guna.

2. Beli Selipar Untuk Masjid atau Surau

Kebanyakkan masjid juga kekurangan selipar yang kita selalu guna untuk ambil wudhu ataupun masuk ke tandas. Apa kata kita beli beberapa selipar jepun dan letak di Masjid.

3. Simpan Syiling

Kita kumpul duit syiling simpan dalam tabung. Tiap kali weekend kita keluarkan duit syiling tadi dan sedekah.

4. Berikan Baki Bayaran (Keep the change)

Yang ini paling mudah, contoh kita beli nasi lemak harga RM2, Tapi kita bagi saja duit besar RM5, dan mintak pakcik makcik yang berniaga tu simpan saja baki bayaran. Buat lah sekali, lama lama akan jadi habit.

5. Kain Pelekat dan Telekung

Sedekahkan kain pelikat dan telekung di surau shopping mall, surau petrol station dan masjid. Semoga bermanfaat dapat digunakan bersama. Katakan kat masjid dekat rumah kita, dah ada banyak telekung tapi kotor. Kita boleh bawak balik basuh kat rumah atau hantar dobi.

6. Makanan Kucing

Walaupun kita tak bela kucing, kita boleh beli makanan kucing dalam small pack. Standby letak dalam kereta. Bila kita turun ke RnR atau mana mana perhentian untuk makan, ternampak kucing terbiar di tepi jalan boleh bagi makan kucing. Berbuat baik lah pada kucing makhluk kesayangan Rasulullah. Ini yang ramai tak peduli, bukannya ditolong kucing itu malah ditendang.

Mesti baca: Baca Doa Ini Selepas Dengar Azan, Nescaya Syafaat Nabi Milik Kita Di Akhirat Nanti

7. Carpooling (kongsi kereta)

Allah s.w.t kurniakan kita kenderaan agar kita boleh berikan manafaat kepada ramai orang. Kalau kita ada kawan atau jiran yang nak pergi ke destinasi yang sama dengan kita, tumpangkanlah mereka tanpa sebarang bayaran. Konsep ‘carpool‘ pergi kerja juga salah satu konsep sedekah yang sangat bagus.

9. Kertas dan Pen

Di mana-mana majlis ilmu sama ada ceramah, tazkirah dan kuliah di masjid, biasanya mereka yang mendengar tidak membawa sebarang pen dan juga buku catatan. Kita boleh beli satu kotak pen dan kertas A4 lepastu diagihkan di dalam majlis ilmu tersebut. Kos bagi pen dan kertas bukanlah mahal, tetapi manafaatnya sangat besar insha Allah

10. Al Fatihah

Sedekahkan Al-fatihah kepada suami, kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal. Dan doa kan yang baik-baik untuk setiap orang yang kita jumpa.

Contoh, masa di airport kita ternampak ada suami isteri ni bertengkar berbalah. Kita terus submit doa semoga Allah lembutkan hati diorang dan datangkan kasih sayang supaya mereka dapat cari jalan untuk selesaikan.

Apa pendapat anda? Dah baca, Jangan lupa komen dan share ya! Baiklah, setakat itu dahulu perkongsian untuk hari ini. Kami mengharapkan apa yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada pembaca. Akhir sekali, kami berharap agar artikel ini dapat dikongsikan kepada orang ramai agar ilmu yang diberi juga dapat memberi manfaat kepada orang lain. Sekian terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*