Inilah Makna Dalam Setiap Bacaan Solat Kita, Tolong Ambil Tahu

makna bacaan dalam solat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami dari barisan Hati Media mengharapkan agar para pembaca yang disayangi berada dalam keadaan yang baik, dimurahkan rezeki serta diberkati Allah S.W.T. Untuk perkongsian hari ini, admin ingin berkongsi tentang makna bacaan dalam solat. Mesti ramai antara kalian tidak tahu kan? Ok, jangan buang masa, ayuh baca artikel ini sampai habis dan jangan lupa share!

Kita dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang kita baca. Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

Takbiratul-Ihram / Takbir:

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk:

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk:

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud:

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Mesti baca: Inilah 5 Sebab Masuk Ner4ka Walaupun Rajin Solat

Bacaan Ketika Tahiyat Awal:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan Ketika Tahiyat Akhir:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, seluawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam ala m ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanfaat utk kita bersama!!! In Shaa Allah, setelah mengetahui makna bacaan dalam solat, secara tidak langsung, kita dapat meningkatkan khusyuk dalam solat. Jangan sesekali leka dan lalai, syaitan tidak pernah letih dan berputus asa dalam menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW. Marilah kita sama-sama tingkatkan ketaqwaan dan keimanan agar tidak mudah terperangkap dengan hasutan syaitan yang direjam Allah. Allah amat melaknat kepada mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja. Kenapa? Solat itu tiang agama, jika tidak solat maka runtuhlah kesucian agama Islam.

Apa pendapat anda? Dah baca, Jangan lupa komen dan share ya! Baiklah, setakat itu dahulu perkongsian untuk hari ini. Kami mengharapkan apa yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada pembaca. Akhir sekali, kami berharap agar artikel ini dapat dikongsikan kepada orang ramai agar ilmu yang diberi juga dapat memberi manfaat kepada orang lain. Sekian terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*