Tips Didik Anak Agar Cepat Pandai Cara Orang Jepun

didik anak cepat pandai

Semua ibu bapa disarankan meniru bagaimana teknik orang Jepun mendidik anak-anak mereka supaya berfikir dengan menggunakan otak sebelah kanan yang mana ia lebih efektif jika dibandingkan dengan otak sebelah kiri. Walau bagaimanapun, untuk terus didik anak, teknik ini harus dipraktikkan dengan kerap agar dapat mengaktifkan penggunaannya.

Sememangnya negara Jepun amat terkenal dengan sikap mereka iaitu sangat berdisiplin, rajin serta bijak malahan mereka juga amat sopan dan didik anak supaya menghormati antara satu sama lain. Pastinya ibu bapa adalah pendorong utama dalam mendidik anak-anak serta pembesaran mereka agar lebih bijak dan genius.

Perkongsian berilmu daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Baharuddin Mohamed pasti akan membantu semua ibu bapa yang ingin mendidik semua anak-anak mereka dengan lebih baik lagi. Ikuti tips mendidik anak yang dikongsikan untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan.

Teknik Meransang Otak

Orang Jepun bijak mendidik anak dengan menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah lebih kreatif dan mempunyai daya kreativiti yang amat tinggi manakala otak kiri pula adalah lebih cenderong kepada kira-kira dan fakta.

Ketika anak kita mula nak tidur ayam, cakap perlahan pada mereka “Mama sayang adik, adik anak yang hebat”. Berikan perkataan atau kata-kata yang positif kepada mereka dan anak kita pasti akan menyimpan memori imaginasi.

Teknik Bermain

Biasakan anak bermain dengan warna dan melukis di kertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan saja mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya. Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa Cina dan Jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak.

Tak salah jika kita ikut benda yang baik untuk mendidik anak seperti yang dapat kita pelajari dari penggunaan penyepit semasa makan. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak kita.

Jangan Sesekali Tengking Anak!

Jangan sekali anda marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan “JANGAN”, jangan itu, jangan ini sehinggakan anak-anak itu takut untuk mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak ramai, ini adalah cara yang salah mendidik anak.

Teknik Imaginasi

Pasti anda perasan anak kita selalu menceritakan tentang perkara dalam imaginasinya. Dengar dan layankan saja kerana mereka juga sangat perlukan perhatian malahan ingin bercerita apa saja dengan kedua ibu bapa mereka.

Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imaginasi mereka. Sebenarnya teknik imaginasi ini sangat- sangat baik untuk melatih otak kanan anak dalam mendidik anak.

Teka-Teki

Satu teknik lagi adalah selalu atau kerap bermain teka-teki atau masukkan barang ke dalam kotak dan meminta anak teka apakah barang yang terdapat dalam kotak itu. Teknik ini juga membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.

Semua tip yang dikongsikan di atas hanyalah sebahagian daripada perkongsian cara mendidik anak dan merangsang anak-anak supaya lebih fokus dan cepat pandai. Jika anda sering menggunakan cara dan tip tersebut pastinya anda akan melihat perubahan ketara pada anak anda nanti.

Adakah anda suka perkongsian ini? Kemahiran berfikir sangat penting. Jangan anak kita berfikir dan membuat perkara pattern. Sehingga dewasa nanti mereka menjadi orang yang biasa. 80% orang melakukan perkara yang orang biasa lakukan, hanya 20% antara kita berani melakukan perkara yang orang biasa tak nak buat.

Membaca tip ini adalah perkongsian ilmu untuk menambahkan pengetahuan anda sebagai seorang ibu atau bapa. Maksudnya yang tersirat adalah kita harus faham dan hadam kesemua perkara yang dikongsikan dengan baik. Utamakan tip ajaran anak atau didik anak cara Islam kerana ia adalah yang paling terbaik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*